Mengurus sekolah bukan sekadar mentadbir sekolah, malah ia merangkumi cara-cara dan menyelia sekolah. Antara perkara yang perlu dikelola dan diselia ialah organisasi sekolah, pengagihan tugasan guru, kurikulum, ko-kurikulum, kewangan, penilaian dan peperiksaan dan pelbagai lagi. Pendek kata sekolah merupakan medan yang mencabar dan menguji kepemimpinan seeorang Pengetua.
Terdapat pelbagai cara dan amalan kepemimpinan Pengetua. Bagaimanapun tumpuan di sini ialah amalan oleh seorang Pengetua di sebuah sekolah yang agak ternama. Terpulang kepada anda untuk menilai cara yang beliau amalkan. Berikut adalah beberapa ciri istimewa yang beliau amalkan:
Dalam ucapannya beliau seringkali menggunakan kata-kata," saya mahu...", "saya tak suka..." kamu ni manusia apa...", entah-entah kamu ni keturunan pelik-pelik", dan ada yang bernada ugutan seperti, " cikgu ni belum sah jawatan..." "siapa yang nak cemerlang duduk di depan...". Apa yang lebih malang beliau sanggup mengatakan ,"guru-guru saya tak memberikan kerjasama," "sebelum saya datang sekolah tu kosong..", "kalau saya tak ada, satu programpun tak jalan..." dan kata-kata ini dikeluarkan dalam mesyuarat di peringkat negeri.